Halaman

Rabu, 24 Februari 2010

DARA ITU HANYA DONGENGAN.

dara di zaman moden.

siang tadi saya berkesempatan menonton WANITA HARI INI yang bersiaran pada jam 12:00 tengahari.isunya dara di zaman moden.

kes,gadis terlanjur dengan teman lelaki.dek kerana sayang dan cinta dara diserahkan,lebih dahsyat apabila keterlanjuran itu dibayar dengan perut yang memboyot.

biasalah,lelaki dipersalahkan.gadis yang dibawa ke studio dan ditemubual oleh pengantara rancangan menyalahkan lelaki dan menyatakan lelaki tidak boleh dipercayai.iyalah setelah ditinggalkan memanglah tak boleh dipercayai.

beberapa jenis lelaki sahaja yang berani bertanggungjawab untuk tidak lari.itulah hakikatnya.mereka muda belia kerana akal pendek keputusan pun menjadi pendek.

apa yang menarik panel jemputan menyalahkan keluarga yang membentuk si anak lelaki.seharusnya anak lelaki harus dibentuk dengan lebih tegas berbanding anak perempuan.selalunya anak perempuan akan dikepung ditanya keluar dengan siapa?

berkawan dengan siapa?hendak ke mana?jangan keluar rumah malam-malam hari jangan pergi pusat nyanyian,jangan keluar brsantai dan jangan macam-macam lagi.setakat mana kita nak mengawal.makin dikawal makin mereka ingin keluar dari kepompong.

seharusnya anak lelaki yang perlu dikawal,di tanya hendak merempit di mana?hendak menghisap dadah dengan siapa?hendak merogol anak siapa dan hendak menyamun bank mana?itu yang sebetulnya.

anak lelaki yang sepatutnya dididik dengan akhlak yang tinggi.perlu dididik supaya menjaga kehormatan wanita jangan dirogol wanita jangan memukul wanita jangan memeras keringat dan duit wanita.jikalau anak-anak lelaki dididik diterap dengan nilai murni dan ilmu keagamaan yang baik tiadalah gejala dara ditebuk dara dirobek perut memboyot bayi dibuang ke dalam longkang dan dibakar dengan dahsyatnya.

saya amat bersetuju dengan panel jemputan dalam rancangan wanita hari ini.sebelum ini kita tidak pernah mendengar kenyataan tersebut,semuanya menyalahkan wanita.padahal puncanya dari lelaki.

namun bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.dara zaman moden hanya lah dongengan.dara tidak lagi menjadi persoalan.tahukah lelaki itu masih berteruna?

soalan itu pula yang dilontarkan oleh kaum wanita.jikalau kami tidak lagi dara mereka terunakah?pentingkan dara kami bagaimana dengan teruna mereka?

saya tidak mempunyai statistik yang tepat dan jumlahnya,namun kajian yang dibuat sendiri 10 orang dara yang belum berkahwin di antara usia 17 sehingga 25 tahun 9 di antaranya telah pernah berkahwin secara tidak rasmi.itulah hakikatnya.siapa yang peduli?

lelaki?ada wanita yang takut mereka tidak akan diterima oleh bakal suami.iyalah sudah tidak dara.perlu diingat kaum hawa pada masa sekarang lebih ramai yang berkerjaya dan menuntut di menara gading manakala si lelaki ramai yang disentuh sedikit kecundang.oleh itu,kaum lelaki yang tidak lagi mengira berkenaan dara atau apa saja ditafsirkan,percayalah mereka tidak bercinta dengan dara anda.mereka bercinta dengan hati si dara.cinta yang kuat membelakangi tafsiran gadis mesti dara.

dan perlu diingat apabila saya berkata demikian saya tidak pula menggalak atau menyuruh si dara menghulurkan dara mereka kepada mana-mana lelaki yang mereka suka.asal suka asal diayat serahkan dara sebelum menikah.untuk menilai kembali cerita ini kita perlu kembali ke jalan Islam.menjalani kehidupan sebagai seorang muslim sejati.

namun pada saya dara itu hanya dongengan,kalau kamu si dara meenghadiri suatu sesi temuduga,pegawai penemuduga itu tidak akan bertanya adakah kamu masih dara?


tepuk buah dada tanya dara anda,pada siapa seharusnya anda wanita serahkan itu untuk lelaki yang selayaknya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan