Halaman

Selasa, 2 Mac 2010

AKU BELUM MAHU MATI.

seingat aku ia berlaku pada tahun 2005,iya sewaktu itu aku baru suka-suka seronok tinggal di darulehsan.pada tahun tersebut aku telah diarahkan untuk mati!

hah,ada ka arahan untuk mati?

ia merupakan satu arahan agar kami perlu merasai mati.

adakah kalian ingat berkenaan dengan pertubuhan Rufaqa serpihan dari pertubuhan Al-Arqam.rufaqa pada beberapa tahun yang lalu telah meledakan bom kontroversi,mereka telah melakukan suatu peristiwa kematian terhadap ahli-ahlinya dan mengolok-olok kejadian seperti benar.

aku ingatkan hanya rufaqa yang berkeadaan sedemikian rupanya Khir Toyo juga turut bersama mencedok silibus rufaqa untuk diterapkan kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat di negeri Selangor.

tak dapat nak mengelak maut olok-olok ini juga aku terpaksa relakan pergi.peristiwa maut olok-olok ini bertempat di Ampang Pecah jalan nak ke kuala kubu baru tulis nama atas batu.hah pakai baju bunga-bunga...teringat aku pada bait-bait lirik arwah haron abdulmajid.


2 hari 1 malam,kiranya kumpulan pejabat aku pergi ke sana bersiap sedia hanya untuk mati dan melakukan kerja-kerja ibadah.memang tak tidur aku selama lebih kurang 48jam.jadual padat.takder satu orang pun nak boleh cilok.kalau group aku nih lah takdak nampak pun sapa-sapa yang cilok.

aku rasakan kira-kira 60 peserta yang terlibat dari pelbagai agensi kerajaan,program sebeginilah yang dibenci oleh kakitangan kerajaan sebab ia program yang melibatkan baik pulih jiwa dan rohani.macam lah kakitangan kerajaan sekarang nih teruk akhlaknya tetapi memandangkan waktu itu MB nak nama so program ini pun dihasilkan lah.

lucu bila aku tengok silibus program ini,sebenarnya kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan juga perlu mengikuti program sebegini bezanya silibus mereka tidak termasuk merasai maut serta sembahyang taubat nasuha.


bila dah kena kursus yang sebegini kalau nak tempat tinggal yang selesa jangan mimpilah,hah sekali dia bagi asrama jer lah katil bujang bersusun dengan panasnya.tapi rasa seronok juga sebab dapat tengok gelagat kawan dari jabatan yang lain.paling menarik apabila bercampur dengan orang veteran,hah ini lah yang paling best.


sampai-sampai di pusat bina insan memang tak sempat nak buat apa,sampai jer terus p dewan makan.makanan memang tak sedap walaupun aku rasa peruntukan time tuh besar.tapi biasalah kan nak jamu orang yang nak mati ala-ala kadar dah lah.sembahyang zuhur,sembahyang asar dan sembahyang maghrib.pastuh doa-doa aku tengok penuh surau,muka-muka yang liat dodol nak sembahyang macam aku pun berlakon dah macam hal sembahyang nih kira celah kain pelikat cap kerusi jer.

maksudnya muka pro sembahyang lah mulut tekumat kamit,kumat kamit padahal aku tengok sekor-sekor kalau kat rumah paling kuat dia orang sembahyang pun buat maghrib jer.lain-lain waktu perghhh hilang...


selesai kuliah maghrib kami buat Isyak,lepas tuh ustaz arahkan pergi makan kenyang-kenyang sebab tengah malam melepasi jam 1pagi ada misi penting,misi mati lah tuh hahahaha...aku dah tau.so kami bantai tidur dulu skit supaya nanti tak tertidur dalam liang lahat.

sewaktu kat dewan makan tuh muncul lah pelbagai cerita tentang peserta-peserta terdahulu yang pernah datang.ada yang kena tampar dalam kuburlah,ada yang meracau-racau dalam kubur lah,ada yang kubur tiba-tiba berasap lah walaupun baru mati olok-olok.

tapi paling aku tak tahan ada satu abang senior nih dia punya lah ramah cerita.aku ingat dia ada lah dalam 4,5 tahun lagi nak pencen tapi memang jenis sempoi lah.dia bagitau setakat nak masuk dalam liang lahat tuh dia tak kisah cuma dia teringatkan kisah kawan dia.bila aku tanya samada dia takut mati dijemput atau termati dalam tuh dia mati-mati nafikan lah.cuma apa yang dia bagitahu tahun sebelum tuh kawan dia ada join skim kembara mati.tapi dia cakap lagi mencabar dari yang kami hadiri ini.kawan abang nih matinya bukanlah terjadi mati tetapi hilang di dalam liang lahat.

bila ditilik oleh bijak pandai kawan si abang nih dah kena kidnap dengan bunian tanah.so kawan abang nih buta-buta dapat berhijrah ke alam bunian dan kawen dengan anak raja bunian tanah.abang nih ada bagitau aku,kawan dia yang kena kidnap tuh kawan baik dia.ini sebab diaorang selalu berjudi sama kat belakang opis bila time rehat.nak dijadikan cerita si kawan dia nih masuk program mati swasta sebab nak rasa insaf dan sadarlah kononnya,tup tup lain plak yang jadi.oleh itu,maksud abang nih kalau nanti dia tak masuk dalam liang lahat dia bukan takut tetapi dia tak sanggup kena kidnap dengan bunian tanah.


Jam 1pagi,penantian kematian yang telah tiba.kami dikumpulkan dalam sebuah kumpulan dan di bawa bersama-sama dengan ustaz apa yang seronoknya perjalanan nak ke tanah kubur pun dah cukup menyeramkan.lampu tak dibenarkan bawa hanya ustaz-ustaz yang boleh bawa lampu.sampai sahaja di tanah perkuburan aku tengok tok ketua dah sedia menanti dengan penuh keinsafan.baju putih berjubah semua serba putih,mak oiii memang ini dah jadi seperti suatu kematian yang pasti.siap ada bau-bau bunga kemboja bunga tanjung bunga rampai semua cukup.jam dah tunjuk 1:15 pagi,hah sebelum kami semua merasai kematian tok ketua bagi amanat.

bermulalah segala macam cerita mati memang gerun lah dengar bayangkan lah liang lahat yang dah dikorek tuh betul-betul macam yang asli.saiz ukuran semua ikut standard jabatan agama.ada 15 liang semuanya ditutup dengan papan.jarak antara liang agak jauh sebab taknak nanti bakal si mati terkejut naik atas dan berkongsi kubur,itu yang buat aku gelak tuh bila tok ketua citer hal hal silam peserta yang terdahulu.

"bagi peserta lelaki,saya nak nasihatkan jangan,jangan,jangannn...hah tudia tok ketua punya pesan 3 kali jangan.aku ingatkan jangan apa?

"jangan cuba-cuba atau perasap rokok dalam liang lahat,jangan jadi macam yang lepas-lepas"


menurut citer tok ketua ada lah 3,4 orang peserta lelaki jenuh dia kena pulihkan sebab terkena sampuk.mana nya tidak ada ka patut yang depa p bantai perasap rokok dalam kubur.peserta pompuan pula ingatkan memang asap kubur menjerit sakan lah dah jadi histeria kat kuburan tuh.

bila dah jadi suasana kelam kabut macam tuh puak-puak laki yang hisap rokok dalam liang lahat pun panik lah sekali dengan depa kena sampuk.punya turrr....

apa yang menarik lagi tok ketua bagitau sampai ke rumah badi tuh dok ada.perghhh....aku dah ada idea nak isap ganja dalam liang lahat tuh sebab dari rumah lagi dah balut siap-siap.tapi disebabkan amanat yang telah disampaikan...iskh.


"kita tengok geng-geng diaorang masuk dulu,diaorang nih banyak dosa kaki ambil duit nih biar terbakar kubur tuh"


bisikan geng-geng bomba dan penyelamat buat telinga aku berasap,amboiii,amboiii itulah hah dah dekat nak mati lagi kita boleh dengki berdengki,kata mengata.hah,cubalah korang fikirkan.


"saya menyesal ustaz,selama nih saya curang dengan laki saya.saya banyak berbohong dengan dia.saya buat perhubungan dengan laki lain.....saya bla bla bla lagi....

kes ini aku sendiri terkejut,tetapi tok ketua tenang jer aku tengok,rupanya...

ada satu minah nih dia mengandung baru beberapa minggu dia tak kasi tahu kat ustaz dia teringin nak masuk.hah bila dia kena angkat keluar,mulut dia pun keluarlah cerita tuh.

dia cakap selama 15 minit dia dalam liang lahat(si minah nih ikut betul-betul silibus mati dalam kubur)ada gegaran dalam kepala otak dia.badan dia rasa bahang sangat,rambut dia rasa macam tercabut sehelai demi sehelai.dia bau busuk ya amat,sebenarnya dia dah menjerit dalam liang lahat tapi dia kata tak terkeluar jeritan.bila dia nak bangun tak terdaya.dia rasakan tanah mengeluarkan tangan tampar dia kiri kanan.dia terdengar suara kutukan yang kuat dan nyaring sampailah dia tak sedar pelbagai benda lagi yang terjadi sehingga ustaz ambil dia dari liang.

hah dasat betul bila si minah tuh bercerita apabila tok ketua minta sesiapa yang rasa pengalaman pelik dan aneh supaya berkongsi cerita.ramai yang terjadi perkara pelik semua ke atas wanita.lelaki takder satu pun sebab yang masuk 4,5 kerat jer termasuk aku hehehehe...punya turrr...alasan.saya ada darah tinggi,saya ada jantung berlubang saya ada kencing terkejut.

tapi rata-rata cerita aneh-aneh dari kaum wanita memang ngeri aku dengar,memang wanita ini dosa nya banyak sungguh.mati olok-olok pun dah berjabu diaorang cerita pengalaman pelik.


aku?


"sayangku ina,ketika kau membaca sms ini,aku telah pun berada di dalam liang lahat.samada kau akan berkahwin lain atau terus menjadi seorang balu aku takkan menghalangnya,sayangku padamu hingga ke akhir hayat"


reply dari ina,

"pirahhh,mati sungguh baru tahu,hah malaikat tak mai tanya lagi ka,ulaq tak mai belit lagi ka tak mai pagut lagi?"

hehehe....dan aku sms lagi


"so,ira mcm mana sok lusa jadi tengok wayang?"


reply dari ira,


"aik,u bukan dalam kubur ke,u cakap ada kusus mati.nih kat ner nih takut nak pergi ke?"


"i dalam kubur lah nih,bosan ar adakah diaorang suruh i mengiring mengadap kiblat dah la i semput mau mati sungguh i nih"



dan berpuluh lagi aku sms dengan galpren-galpren dengan kawan-kawan dengan mak aku adik aku,nasib baiklah ada line fon dalam lubang kubur kalau tidak pakai kering aku dalam liang lahat tuh.insaf?korang tahu sampai subuh tak tidur terus sembahyang taubat nasuha.hah,kira dah bertaubat dari segalanya sebarang kemungkaran.


aku belum mahu mati,mati pasti datang.aku tak mahu mati dibunuh,aku tak mahu mati eksiden secara ngeri,aku tak mahu mati terbakar,aku tak mahu mati ketika beromen dan aku taknak mati dalam kemungkaran.

YA ALLAH MATIKAN LAH AKU SECARA BAIK TANPA RASA SAKIT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan