Isnin, 8 Mac 2010
SELAMAT PERGI TEMAN.
apartment api api centre,kk sabah.
maut itu ada di mana-mana,bukan kita yang mencari maut.maut yang akan menjemput kita.seorang rakan aku telah mengikuti satu percutian bersama rakan-rakan sepejabat.ajalnya telah tiba kira-kira jam 3:00 petang tadi setibanya aku di pejabat abang zain telah memaklumkan rizal telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat dua apartment penginapannya.
pelbagai versi yang diterima,ada yang mengatakan ia lemas dalam kolam dan jatuh dari bangunan rupa-rupanya arwah rizal telah terpijak bumbung plastik jernih lalu terjatuh kebawah.
berita yang sebenarnya bagaikan misteri kerana sewaktu kejadian hanya arwah seorang sahaja berada di balkoni apartment untuk menyidai tuala.entahlah segalanya dalam kesamaran,kepala arwah terhantuk palang besi balkoni tingkat satu lalu terhumban ke bawah.aku baru jumpa dengan arwah kira-kira 2 minggu sudah sempat bertukar-tukar no telefon lagi.
gambar di atas merupakan apartment tempat arwah menginap yang menunjukkan bumbung yang pecah arwah terjatuh ke tingkat bawah.
al fatihah untuk mohd rizal abd samad.
Label:
ajal dan maut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan