singkapkan kembali di usia kanak-kanak,kita sering takut kepada gelap.apabila tidur lampu tidak mahu ditutup.kita sentiasa takutkan gelap.mengapa dengan kegelapan?
gelap itu berwarna hitam kita tidak nampak.gelap dikaitkan dengan unsur hantu.kita takut akan lemas dalam kegelapan.
setelah usia menginjak dewasa apa pula yang kita takutkan?gagal,kita takut akan gagal dalam peperiksaan,takut gagal dalam pekerjaan dan paling takut sekali jikalau cinta kita gagal perkahwinan kita akan menemui kegagalan.itulah erti ketakutan bagi kita.
bagaimanakah untuk kita menghindari dari rasa takut?kuatkan iman kuatkan taqwa kita terhadap ALLAH S.W.T selalulah berselawat ke atas nabi Muhammad dan berdoa kepada YANG MAHA ESA agar hati kita tidak sering takut akan segalanya yang boleh melemahkan akal fikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan