klip video ini saya usahakan sendiri.lagu cinta materialis nyanyian amy lagu ini hasil ciptaan m.nasir dan lirik oleh azam dungun.lagu ini dimuatkan dalam album solo pertama amy yang berjudul magic.terbitan tahun 1994.
anda berkemungkinan kurang mendengar lagu ini di corong radio negara malaysia kerana lagu sebegini tidak ada kualiti untuk diperdengarkan di sini.telinga kalian hanya layak untuk mendengar lagu-lagu leleh dari Indon serta lagu berentak dangdut dan poco-poco.
saya masih ingat lagi pada pilihanraya di tahun 95 jikalau tak silap RTM ada menjemput amy untuk menyanyikan lagu ini secara langsung sementara untuk menantikan pengumuman penuh keputusan pilihanraya.best sangat menonton amy menyampaikan lagu ini penuh bersemangat.
cinta yang bersandarkan kebendaan yang keterlaluan sememangnya perit,apatah lagi cinta yang kita berikan rupanya hanya bersalutkan kebendaan,jikalau tiada benda serta harta abang perlu berambus dalam hidup sayang.begitulah perumpamaannya.
bagaimana untuk anda hidup dengan cinta yang bersalutkan emas permata wang dan ringgit.pada suatu ketika anda kaya raya dan hidup bersama wanita yang kununnya menyintai anda sepenuh jiwa dan raga.pada satu masa anda jatuh muflis segala kekayaan anda tiada lagi,bagaimana dengan wanita anda?
materialis,abang sayang abang di mana hati risau mengenangkan dikau.hah.kalau wanita anda bernada sebegini baguslah namun jikalau wanita anda hilang setelah segala kemewahan anda juga turut hilang mau merana anda.makan hati.
saya tidak percaya dengan cinta semata-mata,cinta perlu ada materialis tetapi janganlah segalanya materialis,punah jadinya nanti.berpada-padalah dan berpadananlah dengan hidup anda sekarang.
LCYS,kau makan hati tak selama mengenali aku?sekarang kau makan hati juga ke?hati kan berkhasiat?kau tak suka?
1 ulasan:
makan la hati..lalalala
Catat Ulasan