Halaman

Khamis, 25 Mac 2010

PAPAN HITAM BERWARNA HIJAU.

alasannya cadangan saya tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak muncul-muncul sewaktu sesi mesyuarat PIBG yang lalu.cadangan saya agar pihak sekolah menukar sahaja penggunaan papan hitam hijau kepada papan putih pena kering merupakan cadangan yang terbaik untuk tahun 2010.

lain-lain cadangan dari ibu bapa selain cadangan menukar papan hitam ialah cadangan supaya sekolah mengadakan hari kantin,sekolah memberi rehat yang lebih,sekolah mengadakan gotong royang membersihkan persekitaran sekolah.kata guru-guru serta ibu bapa yang lain cadangan saya yang terbaik tak pernah difikirkan oleh mereka.malangnya pengerusi PIBG sekolah tidak mahu mengangkat cadangan saya supaya diluluskan disebabkan saya dikatakan main-main dengan cadangan sendiri.itu alasannya,cumanya para guru serta ibu bapa yang lain keras-keras mempertahankan usulan saya tetap si pengerusi menolak.bagus,inilah teladan pengerusi pertubuhan yang berprinsip.

semenjak saya berada di tingkatan 2 lagi saya mengusulkan agar papan hitam warna hijau ditukar kepada papan putih pena mata kering.malangnya setiap kali saya disuruh oleh guru untuk memadam papan hitam berwarna hijau setiap kali itulah guru saya,

"hang padam sudahlah papan hitam tuh,awat hang ingat pak hang banyak duit sangat ka nak tukaq white board yang hang minta tu?"

saya sering batuk-batuk setiap kali memadam papan hitam berwarna hijau,guru saya pandai beri alasan.mereka guru tugas hanya mengajar bukan padam papan hitam,murid harus berkorban untuk guru.wah,mulia sungguh pengorbanan guru kan?disebabkan pengajaran guru saya yang dulu melahirkan guru generasi sekarang yang sama acuan seperti guru dahulu.

hebat kan?guru dibayar gaji hanya untuk menyuruh murid buka buku baca buku lakukan kerja rumah.murid harus memberi pengorbanan terhadap guru,buang sampah saya setuju itu tugas murid.namun jikalau selalu dan kerap kali papan hitam yang penuh dengan habuk kapur batang warna putih disuruh murid yang memadamnya ia akan mengakibatkan lemah paru-paru dan batuk kering.

guru sendiri yang menceritakan perkara ini,malahan guru sains yang menyatakannya dan dia pula yang memerintahkan kita memadam papan hitam berwarna hijau.kejam tak berhati perut.mangsanya selalu murid yang renjong kaki panjang tangan panjang kalau tiada yang tinggi melayup tak mengapa kerusi ada boleh berdiri atas kerusi dan padam papan hitam.sehingga ke tahap itu guru hanya melihat,ini berlaku kepada murid di sekolah rendah.

saya mulai bisingkan perkara ini apabila azri pernah diserang paru-paru berair yang akan menjadi serius ketika dia di tahun 2 dulu.haram jadah kata saya.memang haram jadah.saya hanya menyindir guru dengan menyatakan azri telah sembuh dari demam yang berpanjangan jadi guru boleh semula menugaskan azri yang renjong untuk memadam papan hitam.

mungkin kerana guru tersebut masih lagi tidak faham dengan bahasa kiasan saya lantas saya terus berjumpa dengan penyelia petang dan membuat aduan.namun perkara tersebut tidak habis di situ kerana apa yang saya difahamkan oleh azri murid lain pula yang menjadi mangsa.saya tidak ingin murid-murid lain juga ditugaskan memadam papan hitam saya berkehendakan guru yang harus memadam papan hitam namun alasan guru sama seperti alasan guru saya yang terdahulu alasannya tak boleh nanti kena batuk kering.inilah penderaan secara diam terhadap kanak-kanak.haram jadah!

apa yang lebih mengharukan kapur batang serta pemadam papan hitam akan menjadi alat untuk menghukum terhadap murid-murid yang dikatakan nakal atau dungu.diconteng-contengnya muka murid dengan kapur serta pemadam ditenyeh ke muka.itu memang berlaku samada di zaman saya mahupun pada masa sekarang.memang buta perut.perkara sebegini langsung tidak membina insaniah murid malahan memusnahkan pembinaan kesihatan para murid.dajal sungguh guru yang sebegini.

lantaran cadangan saya gagal untuk dipertahankan pada tahun ini biarpun telah ditentang dengan hebat oleh para guru dan ibu bapa yang lain usul saya akan dibentangkan ke tahun hadapan dengan syarat saya perlu ada pada mesyuarat mendatang.orang lain tak boleh mengusulkannya lagi.amboinya begitu,saya hanya nampak satu kedangkalan yang berkubang di dalam kepala otak si pengerusi PIBG.pada guru-guru pula mangsa untuk melepaskan kesanggupan memadam papan hitam berwarna hijau masih terletak kepada murid-murid yang naif.saya sumpah guru-guru sebegini untuk menjadi papan hitam berwarna hijau pada esok hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan