itulah yang aku ceritakan berkenaan perihal jalang kepada syahril.apa yang diceritakan tanyalah pada syahrilkadir.semasa bersinggah sekejap menikmati sarapan pagi dan berbual-bual dengan rakan blogger aku nih perkara berkenaan jalang aku ceritakan pada syahril.mengapa jalang yang aku suka ceritakan?
terbaca berkenaan kisah kontroversi yang baru terjadi beberapa hari yang lalu melibatkan perilaku seorang wanita aku bertukar menjadi simpati pula.sebelum ini aku kutuk dan hamun.namun setelah aku mendapat bayangan cerita yang sebenar perkara simpati mula timbul dalam hati.
hati aku tidak cukup kejam sebenarnya,berbanding dengan seorang rakan pejabat aku prinsip dan layanannya terhadap insan yang bergelar wanita pada aku cukup kejam.namun pada dia perbuatannya itu tidak kejam malahan itulah pengajaran yang seharusnya diberi untuk seorang wanita.
mungkin kalian akan merasa tertanya bagus sangatkah si penulis ini seolah-olah dia menulis dia merupakan lelaki keramat yang begitu baik terhadap gadis.aku simpati dengan gadis yang bergelar jalang atau GRO.tiada saudara mara aku terlibat dengan pekerjaan ini.namun hasil perhubungan aku dengan gadis yang bergelar jalang serta GRO ini membuat aku simpati terhadap mereka.
aku tak menyalahkan mereka secara langsung,lelaki juga adalah punca mereka bergelumang dengan kancah ini.akhlak mereka runtuh jiwa mereka sebenarnya terseksa.seharusnya lelaki yang membimbing mereka sebaliknya lelaki makan hasil lendir mereka.
puncanya untuk menyara hidup memberi sesuap nasi memberi pakaian yang seharusnya elok terhadap anak.kerja yang mudah dan cepat menghasilkan pulangan ialah dengan menjual badan atau memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pusat hiburan.halal haram bukan lagi menjadi persoalan,persoalan yang timbul sekarang ialah menyambung kehidupan yang lebih sempurna.
walaupun begitu kehidupan tetap tidak akan menjadi sempurna jikalau jiwa dan raga mereka dirantai oleh jantan laknat.wang habis air juga habis,anak terbiar akhirnya mati kelaparan.penyesalan hidup di waktu muda akan membawa kesengsaraan di usia tua.
sebagaimana syahril menyatakan kepadaku ketika aku berbual dengannya berkenaan hal ini,anak-anak mereka yang sudah mengerti sendiri berkata,"entahlah tak tahu lah sampai bila ibu nak menyundal?"
tiada guna kalian memberi seribu penghinaan terhadap mereka.ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil.
"you terlalu baik,you datang hanya semata-mata untuk berbual dengan i,you tak fuck i malahan romen-romen pun tidak,kalau lah i boleh dapat pelanggan seramai 10 orang macam you...."
kadangkala aku rasakan mereka lebih baik dan mulia dari perempuan biasa yang bertudung litup kerana mereka tidak hipokrit.pembawaan yang tidak betul dan tiada gerakan-gerakan dari pihak berkuasa untuk mengambil mereka kembali ke pangkal jalan tidak dilakukan secara serius.
tunggu dan lihat sahaja malahan ada juga yang tunggu,lihat dan baham.banyak berkenaan perkara ini akan aku kongsikan bersama.tiba masanya aku mahu melibatkan dalam kerja-kerja amal untuk anak-anak mereka di hujung minggu atau masa kelapangan.mengajar anak-anak itu tentang hidup yang sebenar ataupun setidaknya aku ingin melihat di kalangan anak mereka itu menjadi seorang penulis yang berasal dari lorong-lorong hanyir.
tahukah anda?penarik beca,pemandu bas,pemandu teksi dan pemandu peribadi begitu gemarkan untuk melanggan nasi ayam che dun dan nasi ayam hainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan