Halaman

Sabtu, 27 Mac 2010

CINTA MATERIALIS.

klip video ini saya usahakan sendiri.lagu cinta materialis nyanyian amy lagu ini hasil ciptaan m.nasir dan lirik oleh azam dungun.lagu ini dimuatkan dalam album solo pertama amy yang berjudul magic.terbitan tahun 1994.

anda berkemungkinan kurang mendengar lagu ini di corong radio negara malaysia kerana lagu sebegini tidak ada kualiti untuk diperdengarkan di sini.telinga kalian hanya layak untuk mendengar lagu-lagu leleh dari Indon serta lagu berentak dangdut dan poco-poco.

saya masih ingat lagi pada pilihanraya di tahun 95 jikalau tak silap RTM ada menjemput amy untuk menyanyikan lagu ini secara langsung sementara untuk menantikan pengumuman penuh keputusan pilihanraya.best sangat menonton amy menyampaikan lagu ini penuh bersemangat.

cinta yang bersandarkan kebendaan yang keterlaluan sememangnya perit,apatah lagi cinta yang kita berikan rupanya hanya bersalutkan kebendaan,jikalau tiada benda serta harta abang perlu berambus dalam hidup sayang.begitulah perumpamaannya.

bagaimana untuk anda hidup dengan cinta yang bersalutkan emas permata wang dan ringgit.pada suatu ketika anda kaya raya dan hidup bersama wanita yang kununnya menyintai anda sepenuh jiwa dan raga.pada satu masa anda jatuh muflis segala kekayaan anda tiada lagi,bagaimana dengan wanita anda?

materialis,abang sayang abang di mana hati risau mengenangkan dikau.hah.kalau wanita anda bernada sebegini baguslah namun jikalau wanita anda hilang setelah segala kemewahan anda juga turut hilang mau merana anda.makan hati.

saya tidak percaya dengan cinta semata-mata,cinta perlu ada materialis tetapi janganlah segalanya materialis,punah jadinya nanti.berpada-padalah dan berpadananlah dengan hidup anda sekarang.

LCYS,kau makan hati tak selama mengenali aku?sekarang kau makan hati juga ke?hati kan berkhasiat?kau tak suka?

Khamis, 25 Mac 2010

PAPAN HITAM BERWARNA HIJAU.

alasannya cadangan saya tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak muncul-muncul sewaktu sesi mesyuarat PIBG yang lalu.cadangan saya agar pihak sekolah menukar sahaja penggunaan papan hitam hijau kepada papan putih pena kering merupakan cadangan yang terbaik untuk tahun 2010.

lain-lain cadangan dari ibu bapa selain cadangan menukar papan hitam ialah cadangan supaya sekolah mengadakan hari kantin,sekolah memberi rehat yang lebih,sekolah mengadakan gotong royang membersihkan persekitaran sekolah.kata guru-guru serta ibu bapa yang lain cadangan saya yang terbaik tak pernah difikirkan oleh mereka.malangnya pengerusi PIBG sekolah tidak mahu mengangkat cadangan saya supaya diluluskan disebabkan saya dikatakan main-main dengan cadangan sendiri.itu alasannya,cumanya para guru serta ibu bapa yang lain keras-keras mempertahankan usulan saya tetap si pengerusi menolak.bagus,inilah teladan pengerusi pertubuhan yang berprinsip.

semenjak saya berada di tingkatan 2 lagi saya mengusulkan agar papan hitam warna hijau ditukar kepada papan putih pena mata kering.malangnya setiap kali saya disuruh oleh guru untuk memadam papan hitam berwarna hijau setiap kali itulah guru saya,

"hang padam sudahlah papan hitam tuh,awat hang ingat pak hang banyak duit sangat ka nak tukaq white board yang hang minta tu?"

saya sering batuk-batuk setiap kali memadam papan hitam berwarna hijau,guru saya pandai beri alasan.mereka guru tugas hanya mengajar bukan padam papan hitam,murid harus berkorban untuk guru.wah,mulia sungguh pengorbanan guru kan?disebabkan pengajaran guru saya yang dulu melahirkan guru generasi sekarang yang sama acuan seperti guru dahulu.

hebat kan?guru dibayar gaji hanya untuk menyuruh murid buka buku baca buku lakukan kerja rumah.murid harus memberi pengorbanan terhadap guru,buang sampah saya setuju itu tugas murid.namun jikalau selalu dan kerap kali papan hitam yang penuh dengan habuk kapur batang warna putih disuruh murid yang memadamnya ia akan mengakibatkan lemah paru-paru dan batuk kering.

guru sendiri yang menceritakan perkara ini,malahan guru sains yang menyatakannya dan dia pula yang memerintahkan kita memadam papan hitam berwarna hijau.kejam tak berhati perut.mangsanya selalu murid yang renjong kaki panjang tangan panjang kalau tiada yang tinggi melayup tak mengapa kerusi ada boleh berdiri atas kerusi dan padam papan hitam.sehingga ke tahap itu guru hanya melihat,ini berlaku kepada murid di sekolah rendah.

saya mulai bisingkan perkara ini apabila azri pernah diserang paru-paru berair yang akan menjadi serius ketika dia di tahun 2 dulu.haram jadah kata saya.memang haram jadah.saya hanya menyindir guru dengan menyatakan azri telah sembuh dari demam yang berpanjangan jadi guru boleh semula menugaskan azri yang renjong untuk memadam papan hitam.

mungkin kerana guru tersebut masih lagi tidak faham dengan bahasa kiasan saya lantas saya terus berjumpa dengan penyelia petang dan membuat aduan.namun perkara tersebut tidak habis di situ kerana apa yang saya difahamkan oleh azri murid lain pula yang menjadi mangsa.saya tidak ingin murid-murid lain juga ditugaskan memadam papan hitam saya berkehendakan guru yang harus memadam papan hitam namun alasan guru sama seperti alasan guru saya yang terdahulu alasannya tak boleh nanti kena batuk kering.inilah penderaan secara diam terhadap kanak-kanak.haram jadah!

apa yang lebih mengharukan kapur batang serta pemadam papan hitam akan menjadi alat untuk menghukum terhadap murid-murid yang dikatakan nakal atau dungu.diconteng-contengnya muka murid dengan kapur serta pemadam ditenyeh ke muka.itu memang berlaku samada di zaman saya mahupun pada masa sekarang.memang buta perut.perkara sebegini langsung tidak membina insaniah murid malahan memusnahkan pembinaan kesihatan para murid.dajal sungguh guru yang sebegini.

lantaran cadangan saya gagal untuk dipertahankan pada tahun ini biarpun telah ditentang dengan hebat oleh para guru dan ibu bapa yang lain usul saya akan dibentangkan ke tahun hadapan dengan syarat saya perlu ada pada mesyuarat mendatang.orang lain tak boleh mengusulkannya lagi.amboinya begitu,saya hanya nampak satu kedangkalan yang berkubang di dalam kepala otak si pengerusi PIBG.pada guru-guru pula mangsa untuk melepaskan kesanggupan memadam papan hitam berwarna hijau masih terletak kepada murid-murid yang naif.saya sumpah guru-guru sebegini untuk menjadi papan hitam berwarna hijau pada esok hari.

Selasa, 9 Mac 2010

RASA OH RASA.


naluri ingin tahu seorang gadis itu adalah melebihi dari rasa ingin tahu berkenaan rahsia dalaman gadis itu sendiri.
lelaki banyak menyimpan misteri,namun si gadis lebih banyak menyimpan rahsia gelap apabila disuluh segala kisah gelap mereka pasti si lelaki akan kecewa.namun kekuatan cinta seorang lelaki itu mengatasi segala kekecewaan yang disimpan lalu ia memaafkan si gadis dengan harapan cinta yang suci itu akan membawa ke syurga.
kecurangan seorang lelaki itu setidak-tidaknya ia masih setia untuk tidak meninggalkan si gadis biarpun dipaksa untuk berbuat demikian.salahkah aku?

Isnin, 8 Mac 2010

SELAMAT PERGI TEMAN.


apartment api api centre,kk sabah.

maut itu ada di mana-mana,bukan kita yang mencari maut.maut yang akan menjemput kita.seorang rakan aku telah mengikuti satu percutian bersama rakan-rakan sepejabat.ajalnya telah tiba kira-kira jam 3:00 petang tadi setibanya aku di pejabat abang zain telah memaklumkan rizal telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat dua apartment penginapannya.

pelbagai versi yang diterima,ada yang mengatakan ia lemas dalam kolam dan jatuh dari bangunan rupa-rupanya arwah rizal telah terpijak bumbung plastik jernih lalu terjatuh kebawah.

berita yang sebenarnya bagaikan misteri kerana sewaktu kejadian hanya arwah seorang sahaja berada di balkoni apartment untuk menyidai tuala.entahlah segalanya dalam kesamaran,kepala arwah terhantuk palang besi balkoni tingkat satu lalu terhumban ke bawah.aku baru jumpa dengan arwah kira-kira 2 minggu sudah sempat bertukar-tukar no telefon lagi.

gambar di atas merupakan apartment tempat arwah menginap yang menunjukkan bumbung yang pecah arwah terjatuh ke tingkat bawah.


al fatihah untuk mohd rizal abd samad.


Sabtu, 6 Mac 2010

JANGAN TAKUT AKAN GELAP.


singkapkan kembali di usia kanak-kanak,kita sering takut kepada gelap.apabila tidur lampu tidak mahu ditutup.kita sentiasa takutkan gelap.mengapa dengan kegelapan?

gelap itu berwarna hitam kita tidak nampak.gelap dikaitkan dengan unsur hantu.kita takut akan lemas dalam kegelapan.


setelah usia menginjak dewasa apa pula yang kita takutkan?gagal,kita takut akan gagal dalam peperiksaan,takut gagal dalam pekerjaan dan paling takut sekali jikalau cinta kita gagal perkahwinan kita akan menemui kegagalan.itulah erti ketakutan bagi kita.


bagaimanakah untuk kita menghindari dari rasa takut?kuatkan iman kuatkan taqwa kita terhadap ALLAH S.W.T selalulah berselawat ke atas nabi Muhammad dan berdoa kepada YANG MAHA ESA agar hati kita tidak sering takut akan segalanya yang boleh melemahkan akal fikiran.







Rabu, 3 Mac 2010

BIDADARI DARI SYURGA.

itulah yang aku ceritakan berkenaan perihal jalang kepada syahril.apa yang diceritakan tanyalah pada syahrilkadir.semasa bersinggah sekejap menikmati sarapan pagi dan berbual-bual dengan rakan blogger aku nih perkara berkenaan jalang aku ceritakan pada syahril.mengapa jalang yang aku suka ceritakan?

terbaca berkenaan kisah kontroversi yang baru terjadi beberapa hari yang lalu melibatkan perilaku seorang wanita aku bertukar menjadi simpati pula.sebelum ini aku kutuk dan hamun.namun setelah aku mendapat bayangan cerita yang sebenar perkara simpati mula timbul dalam hati.

hati aku tidak cukup kejam sebenarnya,berbanding dengan seorang rakan pejabat aku prinsip dan layanannya terhadap insan yang bergelar wanita pada aku cukup kejam.namun pada dia perbuatannya itu tidak kejam malahan itulah pengajaran yang seharusnya diberi untuk seorang wanita.

mungkin kalian akan merasa tertanya bagus sangatkah si penulis ini seolah-olah dia menulis dia merupakan lelaki keramat yang begitu baik terhadap gadis.aku simpati dengan gadis yang bergelar jalang atau GRO.tiada saudara mara aku terlibat dengan pekerjaan ini.namun hasil perhubungan aku dengan gadis yang bergelar jalang serta GRO ini membuat aku simpati terhadap mereka.

aku tak menyalahkan mereka secara langsung,lelaki juga adalah punca mereka bergelumang dengan kancah ini.akhlak mereka runtuh jiwa mereka sebenarnya terseksa.seharusnya lelaki yang membimbing mereka sebaliknya lelaki makan hasil lendir mereka.


puncanya untuk menyara hidup memberi sesuap nasi memberi pakaian yang seharusnya elok terhadap anak.kerja yang mudah dan cepat menghasilkan pulangan ialah dengan menjual badan atau memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pusat hiburan.halal haram bukan lagi menjadi persoalan,persoalan yang timbul sekarang ialah menyambung kehidupan yang lebih sempurna.


walaupun begitu kehidupan tetap tidak akan menjadi sempurna jikalau jiwa dan raga mereka dirantai oleh jantan laknat.wang habis air juga habis,anak terbiar akhirnya mati kelaparan.penyesalan hidup di waktu muda akan membawa kesengsaraan di usia tua.


sebagaimana syahril menyatakan kepadaku ketika aku berbual dengannya berkenaan hal ini,anak-anak mereka yang sudah mengerti sendiri berkata,"entahlah tak tahu lah sampai bila ibu nak menyundal?"


tiada guna kalian memberi seribu penghinaan terhadap mereka.ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

"you terlalu baik,you datang hanya semata-mata untuk berbual dengan i,you tak fuck i malahan romen-romen pun tidak,kalau lah i boleh dapat pelanggan seramai 10 orang macam you...."

kadangkala aku rasakan mereka lebih baik dan mulia dari perempuan biasa yang bertudung litup kerana mereka tidak hipokrit.pembawaan yang tidak betul dan tiada gerakan-gerakan dari pihak berkuasa untuk mengambil mereka kembali ke pangkal jalan tidak dilakukan secara serius.

tunggu dan lihat sahaja malahan ada juga yang tunggu,lihat dan baham.banyak berkenaan perkara ini akan aku kongsikan bersama.tiba masanya aku mahu melibatkan dalam kerja-kerja amal untuk anak-anak mereka di hujung minggu atau masa kelapangan.mengajar anak-anak itu tentang hidup yang sebenar ataupun setidaknya aku ingin melihat di kalangan anak mereka itu menjadi seorang penulis yang berasal dari lorong-lorong hanyir.


tahukah anda?penarik beca,pemandu bas,pemandu teksi dan pemandu peribadi begitu gemarkan untuk melanggan nasi ayam che dun dan nasi ayam hainan.

Selasa, 2 Mac 2010

AKU BELUM MAHU MATI.

seingat aku ia berlaku pada tahun 2005,iya sewaktu itu aku baru suka-suka seronok tinggal di darulehsan.pada tahun tersebut aku telah diarahkan untuk mati!

hah,ada ka arahan untuk mati?

ia merupakan satu arahan agar kami perlu merasai mati.

adakah kalian ingat berkenaan dengan pertubuhan Rufaqa serpihan dari pertubuhan Al-Arqam.rufaqa pada beberapa tahun yang lalu telah meledakan bom kontroversi,mereka telah melakukan suatu peristiwa kematian terhadap ahli-ahlinya dan mengolok-olok kejadian seperti benar.

aku ingatkan hanya rufaqa yang berkeadaan sedemikian rupanya Khir Toyo juga turut bersama mencedok silibus rufaqa untuk diterapkan kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat di negeri Selangor.

tak dapat nak mengelak maut olok-olok ini juga aku terpaksa relakan pergi.peristiwa maut olok-olok ini bertempat di Ampang Pecah jalan nak ke kuala kubu baru tulis nama atas batu.hah pakai baju bunga-bunga...teringat aku pada bait-bait lirik arwah haron abdulmajid.


2 hari 1 malam,kiranya kumpulan pejabat aku pergi ke sana bersiap sedia hanya untuk mati dan melakukan kerja-kerja ibadah.memang tak tidur aku selama lebih kurang 48jam.jadual padat.takder satu orang pun nak boleh cilok.kalau group aku nih lah takdak nampak pun sapa-sapa yang cilok.

aku rasakan kira-kira 60 peserta yang terlibat dari pelbagai agensi kerajaan,program sebeginilah yang dibenci oleh kakitangan kerajaan sebab ia program yang melibatkan baik pulih jiwa dan rohani.macam lah kakitangan kerajaan sekarang nih teruk akhlaknya tetapi memandangkan waktu itu MB nak nama so program ini pun dihasilkan lah.

lucu bila aku tengok silibus program ini,sebenarnya kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan juga perlu mengikuti program sebegini bezanya silibus mereka tidak termasuk merasai maut serta sembahyang taubat nasuha.


bila dah kena kursus yang sebegini kalau nak tempat tinggal yang selesa jangan mimpilah,hah sekali dia bagi asrama jer lah katil bujang bersusun dengan panasnya.tapi rasa seronok juga sebab dapat tengok gelagat kawan dari jabatan yang lain.paling menarik apabila bercampur dengan orang veteran,hah ini lah yang paling best.


sampai-sampai di pusat bina insan memang tak sempat nak buat apa,sampai jer terus p dewan makan.makanan memang tak sedap walaupun aku rasa peruntukan time tuh besar.tapi biasalah kan nak jamu orang yang nak mati ala-ala kadar dah lah.sembahyang zuhur,sembahyang asar dan sembahyang maghrib.pastuh doa-doa aku tengok penuh surau,muka-muka yang liat dodol nak sembahyang macam aku pun berlakon dah macam hal sembahyang nih kira celah kain pelikat cap kerusi jer.

maksudnya muka pro sembahyang lah mulut tekumat kamit,kumat kamit padahal aku tengok sekor-sekor kalau kat rumah paling kuat dia orang sembahyang pun buat maghrib jer.lain-lain waktu perghhh hilang...


selesai kuliah maghrib kami buat Isyak,lepas tuh ustaz arahkan pergi makan kenyang-kenyang sebab tengah malam melepasi jam 1pagi ada misi penting,misi mati lah tuh hahahaha...aku dah tau.so kami bantai tidur dulu skit supaya nanti tak tertidur dalam liang lahat.

sewaktu kat dewan makan tuh muncul lah pelbagai cerita tentang peserta-peserta terdahulu yang pernah datang.ada yang kena tampar dalam kuburlah,ada yang meracau-racau dalam kubur lah,ada yang kubur tiba-tiba berasap lah walaupun baru mati olok-olok.

tapi paling aku tak tahan ada satu abang senior nih dia punya lah ramah cerita.aku ingat dia ada lah dalam 4,5 tahun lagi nak pencen tapi memang jenis sempoi lah.dia bagitau setakat nak masuk dalam liang lahat tuh dia tak kisah cuma dia teringatkan kisah kawan dia.bila aku tanya samada dia takut mati dijemput atau termati dalam tuh dia mati-mati nafikan lah.cuma apa yang dia bagitahu tahun sebelum tuh kawan dia ada join skim kembara mati.tapi dia cakap lagi mencabar dari yang kami hadiri ini.kawan abang nih matinya bukanlah terjadi mati tetapi hilang di dalam liang lahat.

bila ditilik oleh bijak pandai kawan si abang nih dah kena kidnap dengan bunian tanah.so kawan abang nih buta-buta dapat berhijrah ke alam bunian dan kawen dengan anak raja bunian tanah.abang nih ada bagitau aku,kawan dia yang kena kidnap tuh kawan baik dia.ini sebab diaorang selalu berjudi sama kat belakang opis bila time rehat.nak dijadikan cerita si kawan dia nih masuk program mati swasta sebab nak rasa insaf dan sadarlah kononnya,tup tup lain plak yang jadi.oleh itu,maksud abang nih kalau nanti dia tak masuk dalam liang lahat dia bukan takut tetapi dia tak sanggup kena kidnap dengan bunian tanah.


Jam 1pagi,penantian kematian yang telah tiba.kami dikumpulkan dalam sebuah kumpulan dan di bawa bersama-sama dengan ustaz apa yang seronoknya perjalanan nak ke tanah kubur pun dah cukup menyeramkan.lampu tak dibenarkan bawa hanya ustaz-ustaz yang boleh bawa lampu.sampai sahaja di tanah perkuburan aku tengok tok ketua dah sedia menanti dengan penuh keinsafan.baju putih berjubah semua serba putih,mak oiii memang ini dah jadi seperti suatu kematian yang pasti.siap ada bau-bau bunga kemboja bunga tanjung bunga rampai semua cukup.jam dah tunjuk 1:15 pagi,hah sebelum kami semua merasai kematian tok ketua bagi amanat.

bermulalah segala macam cerita mati memang gerun lah dengar bayangkan lah liang lahat yang dah dikorek tuh betul-betul macam yang asli.saiz ukuran semua ikut standard jabatan agama.ada 15 liang semuanya ditutup dengan papan.jarak antara liang agak jauh sebab taknak nanti bakal si mati terkejut naik atas dan berkongsi kubur,itu yang buat aku gelak tuh bila tok ketua citer hal hal silam peserta yang terdahulu.

"bagi peserta lelaki,saya nak nasihatkan jangan,jangan,jangannn...hah tudia tok ketua punya pesan 3 kali jangan.aku ingatkan jangan apa?

"jangan cuba-cuba atau perasap rokok dalam liang lahat,jangan jadi macam yang lepas-lepas"


menurut citer tok ketua ada lah 3,4 orang peserta lelaki jenuh dia kena pulihkan sebab terkena sampuk.mana nya tidak ada ka patut yang depa p bantai perasap rokok dalam kubur.peserta pompuan pula ingatkan memang asap kubur menjerit sakan lah dah jadi histeria kat kuburan tuh.

bila dah jadi suasana kelam kabut macam tuh puak-puak laki yang hisap rokok dalam liang lahat pun panik lah sekali dengan depa kena sampuk.punya turrr....

apa yang menarik lagi tok ketua bagitau sampai ke rumah badi tuh dok ada.perghhh....aku dah ada idea nak isap ganja dalam liang lahat tuh sebab dari rumah lagi dah balut siap-siap.tapi disebabkan amanat yang telah disampaikan...iskh.


"kita tengok geng-geng diaorang masuk dulu,diaorang nih banyak dosa kaki ambil duit nih biar terbakar kubur tuh"


bisikan geng-geng bomba dan penyelamat buat telinga aku berasap,amboiii,amboiii itulah hah dah dekat nak mati lagi kita boleh dengki berdengki,kata mengata.hah,cubalah korang fikirkan.


"saya menyesal ustaz,selama nih saya curang dengan laki saya.saya banyak berbohong dengan dia.saya buat perhubungan dengan laki lain.....saya bla bla bla lagi....

kes ini aku sendiri terkejut,tetapi tok ketua tenang jer aku tengok,rupanya...

ada satu minah nih dia mengandung baru beberapa minggu dia tak kasi tahu kat ustaz dia teringin nak masuk.hah bila dia kena angkat keluar,mulut dia pun keluarlah cerita tuh.

dia cakap selama 15 minit dia dalam liang lahat(si minah nih ikut betul-betul silibus mati dalam kubur)ada gegaran dalam kepala otak dia.badan dia rasa bahang sangat,rambut dia rasa macam tercabut sehelai demi sehelai.dia bau busuk ya amat,sebenarnya dia dah menjerit dalam liang lahat tapi dia kata tak terkeluar jeritan.bila dia nak bangun tak terdaya.dia rasakan tanah mengeluarkan tangan tampar dia kiri kanan.dia terdengar suara kutukan yang kuat dan nyaring sampailah dia tak sedar pelbagai benda lagi yang terjadi sehingga ustaz ambil dia dari liang.

hah dasat betul bila si minah tuh bercerita apabila tok ketua minta sesiapa yang rasa pengalaman pelik dan aneh supaya berkongsi cerita.ramai yang terjadi perkara pelik semua ke atas wanita.lelaki takder satu pun sebab yang masuk 4,5 kerat jer termasuk aku hehehehe...punya turrr...alasan.saya ada darah tinggi,saya ada jantung berlubang saya ada kencing terkejut.

tapi rata-rata cerita aneh-aneh dari kaum wanita memang ngeri aku dengar,memang wanita ini dosa nya banyak sungguh.mati olok-olok pun dah berjabu diaorang cerita pengalaman pelik.


aku?


"sayangku ina,ketika kau membaca sms ini,aku telah pun berada di dalam liang lahat.samada kau akan berkahwin lain atau terus menjadi seorang balu aku takkan menghalangnya,sayangku padamu hingga ke akhir hayat"


reply dari ina,

"pirahhh,mati sungguh baru tahu,hah malaikat tak mai tanya lagi ka,ulaq tak mai belit lagi ka tak mai pagut lagi?"

hehehe....dan aku sms lagi


"so,ira mcm mana sok lusa jadi tengok wayang?"


reply dari ira,


"aik,u bukan dalam kubur ke,u cakap ada kusus mati.nih kat ner nih takut nak pergi ke?"


"i dalam kubur lah nih,bosan ar adakah diaorang suruh i mengiring mengadap kiblat dah la i semput mau mati sungguh i nih"



dan berpuluh lagi aku sms dengan galpren-galpren dengan kawan-kawan dengan mak aku adik aku,nasib baiklah ada line fon dalam lubang kubur kalau tidak pakai kering aku dalam liang lahat tuh.insaf?korang tahu sampai subuh tak tidur terus sembahyang taubat nasuha.hah,kira dah bertaubat dari segalanya sebarang kemungkaran.


aku belum mahu mati,mati pasti datang.aku tak mahu mati dibunuh,aku tak mahu mati eksiden secara ngeri,aku tak mahu mati terbakar,aku tak mahu mati ketika beromen dan aku taknak mati dalam kemungkaran.

YA ALLAH MATIKAN LAH AKU SECARA BAIK TANPA RASA SAKIT.

Rabu, 24 Februari 2010

DARA ITU HANYA DONGENGAN.

dara di zaman moden.

siang tadi saya berkesempatan menonton WANITA HARI INI yang bersiaran pada jam 12:00 tengahari.isunya dara di zaman moden.

kes,gadis terlanjur dengan teman lelaki.dek kerana sayang dan cinta dara diserahkan,lebih dahsyat apabila keterlanjuran itu dibayar dengan perut yang memboyot.

biasalah,lelaki dipersalahkan.gadis yang dibawa ke studio dan ditemubual oleh pengantara rancangan menyalahkan lelaki dan menyatakan lelaki tidak boleh dipercayai.iyalah setelah ditinggalkan memanglah tak boleh dipercayai.

beberapa jenis lelaki sahaja yang berani bertanggungjawab untuk tidak lari.itulah hakikatnya.mereka muda belia kerana akal pendek keputusan pun menjadi pendek.

apa yang menarik panel jemputan menyalahkan keluarga yang membentuk si anak lelaki.seharusnya anak lelaki harus dibentuk dengan lebih tegas berbanding anak perempuan.selalunya anak perempuan akan dikepung ditanya keluar dengan siapa?

berkawan dengan siapa?hendak ke mana?jangan keluar rumah malam-malam hari jangan pergi pusat nyanyian,jangan keluar brsantai dan jangan macam-macam lagi.setakat mana kita nak mengawal.makin dikawal makin mereka ingin keluar dari kepompong.

seharusnya anak lelaki yang perlu dikawal,di tanya hendak merempit di mana?hendak menghisap dadah dengan siapa?hendak merogol anak siapa dan hendak menyamun bank mana?itu yang sebetulnya.

anak lelaki yang sepatutnya dididik dengan akhlak yang tinggi.perlu dididik supaya menjaga kehormatan wanita jangan dirogol wanita jangan memukul wanita jangan memeras keringat dan duit wanita.jikalau anak-anak lelaki dididik diterap dengan nilai murni dan ilmu keagamaan yang baik tiadalah gejala dara ditebuk dara dirobek perut memboyot bayi dibuang ke dalam longkang dan dibakar dengan dahsyatnya.

saya amat bersetuju dengan panel jemputan dalam rancangan wanita hari ini.sebelum ini kita tidak pernah mendengar kenyataan tersebut,semuanya menyalahkan wanita.padahal puncanya dari lelaki.

namun bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.dara zaman moden hanya lah dongengan.dara tidak lagi menjadi persoalan.tahukah lelaki itu masih berteruna?

soalan itu pula yang dilontarkan oleh kaum wanita.jikalau kami tidak lagi dara mereka terunakah?pentingkan dara kami bagaimana dengan teruna mereka?

saya tidak mempunyai statistik yang tepat dan jumlahnya,namun kajian yang dibuat sendiri 10 orang dara yang belum berkahwin di antara usia 17 sehingga 25 tahun 9 di antaranya telah pernah berkahwin secara tidak rasmi.itulah hakikatnya.siapa yang peduli?

lelaki?ada wanita yang takut mereka tidak akan diterima oleh bakal suami.iyalah sudah tidak dara.perlu diingat kaum hawa pada masa sekarang lebih ramai yang berkerjaya dan menuntut di menara gading manakala si lelaki ramai yang disentuh sedikit kecundang.oleh itu,kaum lelaki yang tidak lagi mengira berkenaan dara atau apa saja ditafsirkan,percayalah mereka tidak bercinta dengan dara anda.mereka bercinta dengan hati si dara.cinta yang kuat membelakangi tafsiran gadis mesti dara.

dan perlu diingat apabila saya berkata demikian saya tidak pula menggalak atau menyuruh si dara menghulurkan dara mereka kepada mana-mana lelaki yang mereka suka.asal suka asal diayat serahkan dara sebelum menikah.untuk menilai kembali cerita ini kita perlu kembali ke jalan Islam.menjalani kehidupan sebagai seorang muslim sejati.

namun pada saya dara itu hanya dongengan,kalau kamu si dara meenghadiri suatu sesi temuduga,pegawai penemuduga itu tidak akan bertanya adakah kamu masih dara?


tepuk buah dada tanya dara anda,pada siapa seharusnya anda wanita serahkan itu untuk lelaki yang selayaknya?

Isnin, 22 Februari 2010

SETIA TAPI CURANG?

hah,ada insan insani tanya aku,apa benda headline tajuk, line kepala tajuk blog kau,blog hang?haha...aku ada blog dah sebelum nih.http://greatdaddy.blog.ekawan.com hah ini blog dalam ekawan laman sosial tapi tak sial sangat website nih.boleh-boleh lah...

abistuh aku buka lagi blog sampingan dari wordpress dan nih blogspot.iyalah kadangkala nak log in dalam ekawan tuh susah bila site dah berat so pabila masterweb dia upgrade kan makan masa lima enam jahanam hari lah nak pulih.oleh itu,aku pun buat lah blog sampingan.

untuk blog nih aku taruh lelaki curang yang setia,iyalah aku nak share lah pengalaman aku yang seumur hidup aku bergelar lelaki sebelum kahwin dan selepas sehingga kini asyik curang.tapi serius aku cakap nih aku mendakwa aku seorang yang setia walaupun aku curang.

aku kawan dengan si A kemudian aku kenal pula si B aku telah jatuh curang.tapi aku setia dengan si A tetap setia cuma curang jer.begitu juga dengan si B aku setia dengan dia walaupun aku curang.kenapa setia?sebab aku tak tinggal pun A dengan B nih so aku setia kan?

falsafah si A dan si B jer yang cakap aku tak setia.kalau aku tak setia lama dah aku angkat kaki meninggalkan diaorang.hah,itu pun nak komplen cakap aku tak setia malahan berlaku curang.

well,kalau curang aku mengaku,tapi kalau tak setia aku nafikan sangat-sangat.itu tak benar.suatu dakwaan yang merendahkan kewibawaan aku sebagai seorang lelaki curang yang setia.

jadi,kalau aku kenal dengan si C pula atau si D nanti aku tetap setia dengan A dan B tadi serta akan setia dengan C dan D.hanya curang tapi setia aku takkan tinggalkan mereka.

boleh faham kejadian aku.oleh itu,inilah yang terjadi dan diberikan nama lelaki curang yang setia.

iyala aku sorang jer yang curang.ABCD tak curang?perghhhh....

oiii...banyak nak cerita nanti.

akulah lelaki curang yang setia.


ahli sihir yang jahat telah menyihir hati aku mata aku akal aku.namun aku cepat-cepat memulihkan diri.aku taknak lingkup.banyak komitmen aku perlu lakukan.

heyyy...ahli sihir pompuan yang jahat!kepala otak kau semakin sewel dah aku nampak.masih belum terlambat perlu bantuan jangan malu-malu.

KENAPA CINTA?

"eeiii,macam tuh pun dia nak?"

"eh,cinta buta,cinta tak kenal siapa"


hah,ayat yang keluar dari budak pompuan yang aku bawa p lunch siang tadi.aku cakap shidee menikah dengan budak umur 22tahun sama baya dengan dia.shidee pula dah 50.kenapa dengan cinta iya?

samada cinta itu sewel atau manusia yang bercinta itu telah menjadi mental tak tahu memilih mana yang baik dan sesuai untuk dia.

jodoh,dah jodoh!kita yang berusaha untuk mencari itulah jodoh kita kalau kita cari yang baik dapat yang baik kalau cari yang tak senonoh dapat yang tak senonoh.

tapi mana lah kau tahu dia baik,dia senonoh semua tuh.tahu kah kau?aku dah banyak jumpa yang muka ala-ala senonoh gitu tapi bila dia keluarkan keayuannya yang sebenar,hah amik ko!

betul-betul senonoh dia mariii...


kenapa dengan cinta?tua tak bisa berpasangan dengan muda?iyalah kalau tua sesangat rasanya tak sesuai kot?kot?kot jer kan bukan tahu pun samada boleh on atau tidak.

kita suka memberi penilaian yang melulu terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa.terutama dalam soal jodoh,namun ada benarnya.ciri-ciri bagaimana yang sesuai?

carilah dan ikutlah apa yang rasul kita riwayatkan,begitulah keadaannya.


oittt,ko nih tak study ka?ko ingat kat aku ka?aku taknak tengok ko sewel.tapi,arghhh...ikut ko lah.ko yang taknak get on dengan aku.

Khamis, 18 Februari 2010

ABANG AM BUKAN GAY,TAPI..?

"aku dah kena,dia ikut aku dari keluar carefour"

"iyaka,macam mana dia boleh berkenan kat hang tuh?"

"mana aku nak tahu,dia dok tersengih-sengih,aku ingatkan tarak apa,aku sengih-sengih la ntah macam mana bila aku keluar dia ikut aku"

"abis tuh last sekali macam mana hang buat?"

"aku sembunyi lah,kalau yang ligan aku dengan scooter merah tuh budak fasha yang dok kat tenggiri tuh takpa juga,ini jantan,uarghhhhhhhhh!!!"""


kawan aku halim namanya,cerita dah 12 tahun.kenapa aku ingat balik,ini sebabnya.



"hai,you selalu potong rambut di sini?"

"iyalah bro,gua selalu datang sini,sini ok dia potong rambut"

"iya cantik rambut you,potongan yang you buat maskulin lah,mata you lagi cantik i suka"

"iyaka bro,oh ok tq tq"

"i danny u tak perlu bro bro lah dengan i,just call i danny,this my card"

"oh,u jual insurans iyer.i tak minat lah"


pada mulanya aku sangka si danny tuh nak ayat aku supaya masuk skim insurans dia.orang-orang jual insurans nih jangan dibuat main-main,kalau dia orang nih jadi jurujual peti ais kat kutub utara tuh orang-orang eskimo pun boleh beli peti ais kat dia orang nih.tetapi apa yang disangkakan meleset.


"i need your fon no lah since you cakap you di RTD"

huh,lantaran dengan rasa tak tahu apa-apa aku pun bagilah fon no.naif lah katakan aku nih memang....

"hey am,you tak sedar ke mata u cantik.i suka sangat potongan rambut you.malam nih kita keluar i belanja you teh tarik iyer"


"eh tak payah susah-susah lah danny"



dan ayat aku tak payah susah-susah pada malam tuh aku telah diayat oleh danny.aku ingat dia call nak ajakmasuk insurans dia,tapi lain plak yang dia ayat.


"hai am,jom kita keluar i on the way nak ke klang nih.i belanja u minum teh tarik"

dan danny kali ini lebih berani serta ganas lah bagi aku,arghhh....!!

"i suka betul lah dengan mata you,please lah keluar dengan i,i bukan nak jual insurans dengan you.you tak perlu beli insurans dengan i,i suka lelaki macam you mata you cantik sangat"

aduhaiiiiiiiii danny jikalau yang memuji itu dania berpuluh kali kau nak puji pun aku tak kisah,malahan aku akan tambah-tambah lagi segala pujian yang kau berikan tuh.aku kan berkata bukan sahaja mataku yang cantik bahkan daguku yang agak terbelah ini juga ada unsur estetikanya.tetapi malangnya kau danny bukan dania,arghhhhhhh!!!


dan danny tak berputus asa lusa malam call,tulat malam call tak cukup dengan call dia sms lagi.


hai am,i masih menunggu u,bila u sudi nak teh tarik dengan i.i suka mata u.pleasee give me a chance.

sms si danny tuh telah ingatkan padaku bagaimana ayat yang sama juga aku telah gunakan pada meera beberapa tahun yang lalu.aku dah rasakan begitulah meera tewas dengan aku hasil usaha aku yang tak pernah jemu dan putus asa.tapi kau danny,rupanya kau juga pakai taktik yang sama macam aku pakai.malangnya teknik kau tuh diguna pakai untuk ayat aku,arghhh!!


bertalu talu danny sms dan call.akhirnya huh tewas danny.aku dengan nekad dan tekad,

"danny,sori i bukan gay.kalau u dania i terima u dengan seadanya malahan dan bahkan i pula yang akan puji-puji u setinggi langit seluas lautan dan seputih pantai irama bachok.malangnya i hanya boleh terima pussy not tat...ouwhh.."

dan ina tergolek-golek ketawa bila aku bongkarkan perkara nih,dia siap canang seluruh pulau dan satu bandar alor setar.hampeh betoiii...dendam dia sikit-sikit terbalas.


"hah,padan kan padan.takpe lain kali kalau nak merayap p lah merayap nak ayat sapa ka nak lentok dengan sapa ka,kan ina dah tak kisah.tuhan dah balas sikit tuh,hahahahaha"


dan aku kah yang pelik atau mereka yang bergelar jantan tak mengaku gay nih yang pelik.ada satu budak muda aku kenal dengan tersalah sms.hah amik kat aku,kununnya nak sms nuraina shamima.sekali..


"oklah,sye nk wat pgkuan jjur dgn abg am,sye sebnrnya lelaki,pic sye antar tuh hnya rekaan sglanya.sye mmg slh no dgn abg&sye tertarik dgn sikap abg.sye bkn gay tapi sye mmg btl2 mahu merasai nikmat sex dgn abg.sye tk ksah abg nk cmne lyn sye camne pun,sye teringin sgt......sye.........

panjang lagi ayat sms tuh aku terpaksa saringkan sebab ia amat.......lebih dahsyat dari `can i fuck you today'

banyak lagi sms pengakuan dari budak tuh.

"awak sye nak minta halal lah top up wak bagi semlm tuh,tapi wak kan nape gal buat camtuh kat wak.sepanjang kte knl wak dr semlm kan wak best jer.kte rela jd kekasih wak hanya tuk wak.wak baik,kte serius wakk"

dan sehingga sekarang aku terdiam dan diam dan aku hanya akan diam membisu untuk entah berapa lama.

banyak lagi cerita tentang penglibatan aku dengan kaum gay dan khunsa nih.aku hampir hampir,hampir-hampir.oh tuhan,dengan seorang khunsa.aku masih manusia.abang am bukan gay,abang am hanya pencinta wanita heh!

Sabtu, 30 Januari 2010

JIKA,JIKALAU.

jika api itu merah
jiwa ku ini lebih marah
jika matahari itu panas
membakar
hati aku ini lebih lagi
terbakar

jikalau langit itu tinggi
cita-citaku ini lebih tinggi
melangit
jikalau bumi ini hijau
ingatan aku terhadap
segala perbuatanmu
terhadapku segar
menghijau

jika malam ini kelam
pekat
darah aku ini merahnya
lebih pekat
dan kau tahu ini kerana
segala kata katamu itu
membuat jiwaku melekat dan
ingat akan segala hasad yang
kau selalu tekadkan

jikalau segala pembohongan
demi penipuan yang kau
selalu mainkan di setiap
mimpimu dan di setiap
tidurku
jikalau aku mampu untuk
menendang dan menampar
di dalam mimpiku
aku tidak kan lakukan itu
aku hanya akan menyumpahnya

aku akan menyumpah
seluruh nafasmu agar
menjadi beku
seluruh hatimu agar
menjadi sepi dan kaku
seluruh jiwamu yang
keras itu menjadi lembut
seperti agar agar

jika jikalau
aku bisa mengulangi
saat yang berada di belakang itu
aku akan memnggil seluruh umat
manusia untuk menyaksikan
segala kata katamu
segala janji janjimu
dan segala sandiwaramu
untuk menjadi seorang
untuk menjadi seorang
Gloria....
little girl you dirty liar.


klangman 2010.